Jawatan Kosong di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia(CGSO) - Ogos 2020


Pegawai Keselamatan Kerajaan telah dilantik untuk bertanggungjwab kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri melalui terma rujukan Pegawai Keselamatan Kerajaan bertarikh 15 Jun 1957 dan "Confidential General Circular No. 1, of 1958, Goverment Security Officer, Federation of Malaya".

Tugas utama jawatan ini ialah memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan.

Pejabat ini telah berpindah ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri apabila kementerian tersebut di tubuhkan pada awal tahun 1960an. Pejabat ini telah sekali lagi berpindah semula ke Jabatan Perdana Menteri mulai pada 1 Januari 1977 hinggalah sekarang untuk melaksanakan semula tugas dan tanggungjawab berkaitan keselamatan perlindungan seperti mana di tetapkan.

Berikut adalah penyandang Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia :
  1. En. Gurchan Singh 1957 - 1965
  2. En. J.B.R Moorthy1965 - 1979
  3. En. Ismail Routin bin Ibrahim 1979 - 1985
  4. En. Michael Ong Cheng San 1985 - 1990
  5. En. Mokhtar Bin Ahmad 1991 - 1996
  6. Dato' Hj Wan Mohd Safiain bin Hj Wan Hassan 1996 - 2002
  7. En. Mahmood Bin Adam 2003 - 2006
  8. Dato' Haji Johari Bin Haji Jamaluddin 2006 - 2014
  9. Dato' Aloyah Binti Mamat 2014 - 2016
  10. Dato' Azini Bin Mohd Shahid 2016-2017
  11. CP Dato' Zamri Bin Yahya 2017-2017
  12. DCP Dato' Sanusi Bin Sidek 2017 hingga 2019
  13. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria 2019 hingga kini


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di CGSO seperti berikut:

Jawatan yg ditawarkan :

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11 (277 Kekosongan)
2. Pembantu Keselamatan Gred KP19 (45 Kekosongan)


Maklumat Jawatan Kosong CGSO

Jawatan Yang Ditawarkan:

1.Pengawal Keselamatan Gred KP11 
Lokasi: Pelbagai Negeri
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: PT3/PMR/SRP
Status Pelantikan: Kontrak
Gaji: RM1,205.00 - RM2,939.00


2.Pembantu Keselamatan Gred KP19 
Lokasi: Pelbagai Negeri
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM
Status Pelantikan: Kontrak
Gaji: RM1,355.00 - RM4,007.00


Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, 
  • Syarat Penuh Pelantikan bagi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 : Baca disini
  • Syarat Penuh Pelantikan bagi jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19 : Baca disini


Cara Memohon 

  1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 19 Ogos 2020 (Rabu) jam 11.59 malam.
  6. Maklumat lanjut jawatan kosong di CGSO, sila ketik di sini.

Mohon Sini