Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Kampung Baru(PKB) - Ogos 2020


Perbadanan Pembangunan Kampung Baru telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia dan mula beroperasi pada 2011. Fungsinya sebagai perancang dan pengawal selia pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur. Ia bukan satu bisnes entiti tetapi akan berfungsi sebagai pengawalseliaan pembangunan untuk memajukan harta di Kampung Baru.

Kampung Baru Kuala Lumpur meliputi 7 buah kampung ,seluas 90.2 hektar dan berusia 110 tahun. Ia kini mempunyai 35,000 penduduk.

Pada 2 Ogos 2010, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan rang undang-undang akan digubal dan dibentangkan di Dewan Rakyat. Makmal / Lab Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru dihadiri 50 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru Kuala Lumpur serta badan bukan kerajaan Melayu dan pemaju. Draf undang-undang perbadanan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penggubalan.

Ketika ini kawasan ini diwakili oleh ahli parlimen PAS.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PKB seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong PKB

Jawatan yang ditawarkan 

1.  Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J48

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Perbadanan Pembangunan Kampung Baru(PKB)
Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap
Tarikh Tutup Permohonan: 10 Ogos 2020(Isnin)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumendokumen berikut:
  • Resume;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Berhenti Sekolah
  • Salinan sijil kelayakan akademik (SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda) /kompetensi tertinggi berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan mengikut kelayakan bidang tugas dan kerja yang dipohon;
  • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.

2. Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).

3. Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:
  • Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan
  • Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.

4. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

5. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS
Lot 61, Jalan Raja Abdullah
Kampong Bharu
50300 KUALA LUMPUR.
(u.p : Seksyen Pengurusan).
6. Pastikan anda telah mengikuti syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

7. Panduan memohon kerja melalui email, baca sini

Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai ke pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup.Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah bagi mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon.
      4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

      5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 
      10 Ogos 2020(Isnin)