Jawatan Kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial(PERKESO) - Ogos 2020


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income). Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security. Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PERKESO seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong PERKESO

1. Pengurus Kes
2. Pegawai Perubatan


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Pusat Rehabilitasi Perkeso Ayer Keroh
Lokasi Kekosongan: Melaka
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 1 Ogos 2020(Pegawai Perubatan) dan 14 Ogos 2020(Pengurus Kes)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan adalah secara online melalui portal permohnan kerja MyFutureJobs.

2.Untuk memohon sila daftar masuk(login) atau jika anda belum mendaftar sebagai perncari kerja,sila daftar terlebih dahulu.

3. Untuk melihat maklumat jawatansila buat carian majikan "Perkeso" di portal berkenaan.

4. Sila lengkapkan borang permohnan online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan.

Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon.
      4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Ogos 2020(Pegawai Perubatan) dan 14 Ogos 2020(Pengurus Kes)

      Mohon Sini