Jawatan Kosong di PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU(PMINT) - Julai 2020


PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU(PMINT) telah ditubuhkan pada 1 April 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Terengganu(Bil.3/1965).

Tujuan utama penubuhan adalah untuk menjadi agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Terengganu. Dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru(DEB) dalam tahun 1971, PMINT turut mendukung matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Begitu juga apabila Dasar Pembangunan Nasional 1991 - 2000(DPN) yang bermula pada tahun1991, PMINT juga turut melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan dasar tersebut.

PMINT telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang meliputi spektrum yang sangat luas meliputi hampir kesemua sektor ekonomi.


PMINT kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PMINT seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong PMINT

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Akauntan Gred W41
2. Jurutera Gred J41
3. Pegawai Tadbir Gred N41
4. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
5. Penolong Jurutera Gred JA29
6. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
7. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
8. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
9. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
11. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
12. Pembantu Operasi Gred N11
13. Pemandu Kenderaan Gred H11


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan : Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Penempatan : Negeri Terengganu Darul Iman
  • Tarikh Tutup Permohonan : 30 Julai 2020 (Khamis)

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas – ketik di sini.

Cara Memohon

Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 30 Julai 2020 (Khamis)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di SPNTR sila ketik di sini.

MOHON SINI