Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992.
Mengikut Fasal Empat (4) Keanggotaan Suruhanjaya ini terdiri daripada :-
i) Seorang Pengerusi
ii) Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii) Tidak kurang daripada empat (4) Ahli yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Raja menurut budibicara baginda tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar mengikut Seksyen 4 (2) Enakmen SPANP No. 7/1991
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong SPA Negeri Pahang
Jawatan Yang Ditawarkan:1.Pemandu Kenderaan Gred H11(32 kekosongan)
Lokasi: Negeri Pahang Darul Makmur
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: PT3/PMR/SRP
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,218.00 - RM2,939.00
2.Pembantu Operasi Gred N11(14 kekosongan)
Lokasi: Negeri Pahang Darul Makmur
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: PT3/PMR/SRP
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,216.00 - RM2,983.00
Syarat & Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
- Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
- Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
- Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Tarikh tutup permohonan adalah seawal 29 Julai 2020 (Rabu) jam 11.59 malam.
- Maklumat lanjut jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila ketik di sini.
Mohon Sini