Jawatan Kosong di MATRADE - Julai 2020


Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Inggeris: Malaysia External Trade Development Corporation; lebih dikenali sebagai MATRADE) ialah sebuah agensi perdagangan luar kerajaan Malaysia. Peranan utamanya ialah membantu pengeksport Malaysia membangunkan dan mengembangkan pasaran eksport mereka. Ia ditubuhkan di bawah Akta MATRADE 1992 pada Mac 1993 sebagai agensi berkanun dan cabang promosi perdagangan luar di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

MATRADE juga menganjurkan program padanan perniagaan bagi syarikat Malaysia dan pengimport asing. Sebagai agensi nasional untuk promosi perdagangan, MATRADE menjadi titik rujukan pertama untuk pertanyaan dan lawatan oleh pengimport asing. Peranan agensi ini juga untuk memadankan mereka dengan rakan kongsi tempatan yang serasi yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan. MATRADE juga ialah pemilik Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE yang ditubuhkan pada Januari 2007. Tan Sri Dr. Halim Mohammad merupakan Pengerusi MATRADE sejak 1 Januari 2019.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MATRADEseperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MATRADE

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Lokasi: Kuala Lumpur
Sektor: Badan Berkanun
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM2,315.00 - RM9,618.00

2. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Lokasi: Kuala Lumpur
Sektor: Badan Berkanun
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM2,083.00 - RM9,549.00

3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
Lokasi: Kuala Lumpur
Sektor: Badan Berkanun
Kelulusan Minimum: Diploma
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,493.00 - RM5,672.00


Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 31 Julai 2020 (Jumaat) jam 11.59 malam.
  6. Maklumat lanjut jawatan kosong di MATRADE, sila ketik di sini.

Mohon Sini