Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ) - Julai 2020


Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) di bawah Seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai MPSJ, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling. Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaiktaraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 02 Januari, 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasaan tapak 16,180 hektar dan terbahagi kepada tujuh (7 ) Blok Perancangan mengikut Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020 (RTMPSJ 2020 ) iaitu:

Blok Perancangan 1 ( Subang Jaya – USJ );
Blok Perancangan 2 ( Subang Hi – Tech );
Blok Perancangan 3 ( Putra Height );
Blok Perancangan 4 ( Kinrara );
Blok Perancangan 5 ( Puchong );
Blok Perancangan 6 ( Bandar Putra Permai ); dan
Blok Perancangan 7 ( Seri Kembangan )


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPSJ berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MPSJ

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEREKA GRAFIK B19
Lokasi: Subang Jaya
Sektor: Badan Berkanun
Kelulusan Minimum: Diploma
Status Pelantikan: Kontrak
Gaji: RM1,360.00 - RM4,032.00

2. PEMANDU KENDERAAN (LORI/BAS) H11
Lokasi: Subang Jaya
Sektor: Badan Berkanun
Kelulusan Minimum: PMR/SPM
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,218.00 - RM2,939.00

3. PEMBANTU AWAM H11
Lokasi: Subang Jaya
Sektor: Badan Berkanun
Kelulusan Minimum: PMR/SPM
Status Pelantikan: Kontrak
Gaji: RM1,218.00 - RM2,939.00


Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 29 Julai 2020 (Rabu) jam 11.59 malam.
  6. Maklumat lanjut jawatan kosong di MPSJ , sila ketik di sini.

Mohon Sini