Jawatan Kosong Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) - Julai 2020


AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara.

Loading...

Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

ASWARA kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di ASWARA seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong ASWARA

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Eksekutif Kanan / Pengarah / Pengurus, Future Creative School Gred47
2. Ketua Unit / Eksekutif / Penolong Pengurus, Future Creative SChool Gred41
3. Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Pengawal Keselamatan KP11
5. Pekerja Sambilan Harian Gred41

Nama Majikan: Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Lokasi Kekosongan: Selangor
Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 24 Julai 2020

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Eksekutif Kanan/Pengarah/Pengurus/Ketua Unit/Eksekutif/Penolong Pengurus Gred41/47 – ketik di sini.
2. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 – ketik di sini.
3. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pengawal Keselamatan KP11  – ketik di sini.
4. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pekerja Sambilan Harian Gred41 – ketik di sini.



Loading...



Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut di laman Web ASWARA iaitu www.aswara.edu.my
  2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.
  3. Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan serta sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan dipohon.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel: 03-2778 5939/5940/5936

Loading...
5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 24 Julai 2020 (Jumaat)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di ASWARA, sila ketik di sini.