Jawatan Kosong Juruteknik Komputer FT19 - Disember 2019



Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) adalah agensi Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri.

MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan 'Development Administration in Malaysia' oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam perkhidmatan awam.

Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan yang bertanggungjawab dalam pengembangan usaha-usaha pembaikan pembaharuan pentadbiran Kerajaan. DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunanserta pembangunan serta perncangan tenaga manusia.

Loading...

Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977. Fungsi penyelarasan pelaksanaan projek-projek pusat diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan fungsi Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia diambil oleh agensi baru yang dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:

1. Penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan awam.

2. Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi perkhidmatan awam.

3. Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perkhidmatan awam.

Loading...

4. Pemudah cara bagi pelaksanaan pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

5. Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan perkhidmatan awam.

6. Pelaksana promosi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

MAMPU kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:

Loading...

Maklumat Jawatan Kosong MAMPU

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 (Kekosongan: 34 | Simpanan: 30)

Lokasi: Pelbagai Negeri
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SIJIL/SPM
Status Pelantikan: Tetap/kontrak
Gaji: RM1,377.00 – RM4,052.00

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19 – ketik di sini.

Loading...

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan kosong di MAMPU hendaklah dibuat secara on-line dan atas talian sahaja melalui SPA8i.

2. Pemohon yang belum mendaftar dari SPA8i hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan jawatan. Sila layari laman web https://putra2.spa.gov.my/spa8i/index.asm untuk membuat pendaftaran baru.

3. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan di Borang SPA8i dimohon untuk mengemaskini/memasukkan alamat e-mel yang tepat di borang permohonan masing-masing bagi mengelakkan kegagalan penerimaan e-mel mengenai panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon.

4. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

Loading...

5. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Disember (Ahad) jam 11.59 malam.

7. Untuk pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) dan iklan peluang kerjaya untuk jawatan ini, sila ketik pautan dibawah:-

• Borang Pendaftaran (SPA8i) – Server 1
• Borang Pendaftaran (SPA8i) – Server 2
• Maklumat Lanjut Jawatan MAMPU