Jawatan Kosong SPA Negeri Perak - Februari 2020



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu.

Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. Ketua Pengarah pertama dilantik adalah Tan Sri Abdul Rahim Bin Ali Bashah.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak pula ditubuhkan mengikut enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak No. 10 1959 Bertarikh 27 Oktober 1959 oleh Raja yang memerintah.

Loading...

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak disenaraikan seperti berikut:

1. Perlantikan Pegawai Ke Jawatan Tetap di Perkhidmatan Kerajaan Negeri Perak

2. Pengesahan Dalam Perkhidmatan

3. Pemberian Taraf Berpencen

4. Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen

5. Lanjutan Tempoh Percubaan

6. Perlantikan Baru Secara Kontrak

7. Perlantikan Semula Secara Kontrak

8. Pengesahan Dalam Perkhidmatan Opsyen

9. Pertukaran Dalam Perkhidmatan

10. Penetapan Gaji Permulaan

Loading...

SPA Negeri Perak kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:

Loading...

Maklumat Jawatan Kosong SPA Negeri Perak

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29

Lokasi: Perak
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SIJIL/DIPLOMA
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,549.00 – RM5,701.00

2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

Lokasi: Perak
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SIJIL/SPM
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,377.00 – RM4,052.00

Loading...

3. PEMBANTU SYARIAH GRED LS19

Lokasi: Perak
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SIJIL/SPM
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,355.00 – RM4,007.00

4. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Lokasi: Perak
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SIJIL/SPM
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,355.00 – RM4,007.00

Loading...

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 – ketik di sini.
2. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19 – ketik di sini.
3. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 – ketik di sini.
4. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pembantu Operasi Gred FT19 – ketik di sini.

Cara Memohon

1. Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia hendaklah dibuat secara on-line dan atas talian sahaja melalui SPA8i.

2. Pemohon yang belum mendaftar dari SPA8i hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan jawatan. Sila layari laman web https://putra2.spa.gov.my/spa8i/index.asm untuk membuat pendaftaran baru.

3. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan di Borang SPA8i dimohon untuk mengemaskini/memasukkan alamat e-mel yang tepat di borang permohonan masing-masing bagi mengelakkan kegagalan penerimaan e-mel mengenai panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon.

Loading...

4. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

5. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Februari 2020 (Jumaat) jam 11.59 malam.

7. Untuk pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) dan iklan peluang kerjaya untuk jawatan ini, sila ketik pautan dibawah:-

• Borang Pendaftaran (SPA8i) – Server 1
• Borang Pendaftaran (SPA8i) – Server 2
• Maklumat Lanjut Jawatan SPA Negeri Perak