Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia - Januari 2020



Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warganegara Asing yang berkunjung ke Malaysia.

Ibu pejabat pertama Jabatan Imigresen Malaysia terletak Pulau Pinang dan ditubuhkan pada tahun 1947. Ibu pejabat Imigresen dipindahkan beberapa kali dalam kawasan Kuala Lumpur sehingga pada bulan September 2004, di mana ia dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perpindahan ini dilakukan secara berperingkat sebagai langkah untuk memastikan proses kerja dapat dijalankan dengan sempurna.

Jabatan Imigresen Malaysia kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:

Loading...

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 (Kekosongan: 109 | Simpanan: 690)

Lokasi: Pelbagai Negeri
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM/SPMV
Status Pelantikan: Tetap/kontrak
Gaji: RM1,360.00 – RM4,052.00

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 – ketik di sini.

Loading...

Cara Memohon

1. Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia hendaklah dibuat secara on-line dan atas talian sahaja melalui SPA8i.

2. Pemohon yang belum mendaftar dari SPA8i hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan jawatan. Sila layari laman web https://putra2.spa.gov.my/spa8i/index.asm untuk membuat pendaftaran baru.

3. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan di Borang SPA8i dimohon untuk mengemaskini/memasukkan alamat e-mel yang tepat di borang permohonan masing-masing bagi mengelakkan kegagalan penerimaan e-mel mengenai panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon.

4. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat dan pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar semula permohonan.

Loading...


5. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Januari 2020 (Ahad) jam 11.59 malam.

7. Untuk pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) dan iklan peluang kerjaya untuk jawatan ini, sila ketik pautan dibawah:-

• Borang Pendaftaran (SPA8i) – Server 1
• Borang Pendaftaran (SPA8i) – Server 2
• Maklumat Lanjut Jawatan Jabatan Imigresen Malaysia