Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mei 1997 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 1997 telah berperanan untuk merangka dan merancang pelbagai program bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat terutama dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak berkaitan komunikasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan harmoni. Kertas kerja ini menfokuskan kepada peranan Yayasan Pembangunan Keluarga dalam pembinaan modal insan dan langkah yang diambil secara bersepadu dengan harapan dapat membantu mengurangkan masalah sosial di Negeri Johor, serta cabaran yang dihadapi dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Yayasan sedar bahawa melalui pembinaan istitusi keluarga yang mantap merupakan hospital yang paling berkesan untuk merawat dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit sosial. Beberapa cadangan dan penambahbaikan turut dikemukakan untuk diambil perhatian agar keberkesanan program yang bakal dilaksanakan berjaya memberikan kesan kepada semua pihak yang terlibat.
Keluarga adalah unit terkecil di dalam satu-satu masyarakat namun pembangunannya secara langsung atau tidak adalah merupakan pembangunan masyarakat berkenaan. Jika diperluaskan lagi konsepnya maka pembangunan masyarakat keluarga itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan satu-satu bangsa itu.
Dalam hal itu adalah penting bahawa pembangunan keluarga dirancang dan dilaksanakan supaya meliputi segala aspek dan aktiviti kehidupan manusia amnya dan keluarga khususnya, dengan tumpuan perhatian kepada aspek-aspek sosial, ekonomi juga politik.
Di atas kesedaran inilah kerajaan negeri Johor Darul Ta’zim telah bersetuju menubuhkan enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim bilangan 2 tahun 1997 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 1997. Maka bermulalah operasi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim pada 1 Oktober 1997.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di YPKDT seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong YPKDT
1. Akauntan WA41
2. Pegawai Pemabangunan Masyarakat S41
3. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
4. Pembantu Tadbir (P/O) N19
5. Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT)
- Lokasi Kekosongan: Johor Darul Takzim
- Kelulusan Minimum: SPM/Diploma/Ijazah
- Status Pelantikan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 22 Oktober 2020(Khamis)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi YPKDT
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim,
Aras 1 & 2,
Bangunan Dato' Mohamad Ibrahim Munsyi,
Kota Iskandar
79603 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 22 Oktober 2020(Khamis)