Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih, Mukim Beranang dan Mukim Hulu Langat.
Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPKj seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong MPKj
1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Perancang Bandar & Desa J41
3. Penghantar Notis N11
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
- Lokasi Kekosongan: Kajang,Selangor
- Kelulusan Minimum: SPM/Ijazah
- Status Pelantikan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 19 Oktober 2020(Isnin)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi MPKj
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p:Bahagian Sumber Manusia)
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen memandu(Jawatan Penghantar Notis N11 sahaja)
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 19 Oktober 2020(Isnin)