Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak - Oktober 2020



Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak komited dalam segala usaha yang membawa kepada kecemerlangan aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. 

Tunjang kekuatan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dijana menerusi pengetahuan dan kompetensi sumber manusia dalam menyediakan dan mengendalikan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan penyelidikan dan perundingan, penulisan dan penerbitan ilmiah, jaringan industri serta melaksanakan program khidmat masyarakat.

Dalam usaha menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu ternama di Malaysia dan peringkat global, UiTM Cawangan Perak mengamalkan budaya organisasi yang berlandaskan visi, misi, objektif kualiti piagam pelanggan serta turut menerapkan nilai PERAK.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM Perak seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UiTM Perak

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Pensyarah
-Seni Reka Fesyen
-Seni Halus
-Penurusan Pembinaan
-Seni Bina
2. Kerani

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak 
  • Lokasi Kekosongan: Perak Darul Ridzuan
  • Kelulusan Minimum: SPM/Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2020(Rabu)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi UiTM Perak
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 14 Oktober 2020(Rabu)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di UiTM Perak sila ketik di sini.

MOHON SINI