Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia dan terdiri daripada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, 11 Jabatan Perhutanan Negeri dan 33 Pejabat Hutan Daerah di seluruh Semenanjung Malaysia. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Pengarah Perhutanan dan dibantu oleh dua Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan. Pada akhir tahun 2014, bilangan tenaga kerja adalah seramai 5,121 orang.
Fungsi Jabatan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN) 1984.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di JPSM seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong JPSM
1. Pemelihira Hutan DG41
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
- Lokasi Kekosongan: - Kuala Lumpur/Johor/Pahang/Perak
- Kelulusan Minimum: Ijazah
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 13 Oktober 2020(Selasa)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 13 Oktober 2020(Selasa)
6. Maklumat lanjut jawatan kosong di JPSM, sila ketik di sini.