Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang ditubuhkan dibawah Akta 141 merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri asas tani.
Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan untuk memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah dan sedang menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada perkara–perkara berikut:
Memperkukuhkan bekalan melalui Program Ladang Kontrak;
Memperluaskan akses pasaran; dan
Meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di FAMA seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong FAMA
1. Pemandu Gred K3
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
- Lokasi Kekosongan: Selangor Darul Ehsan
- Kelulusan Minimum: SRP/PMR/PT3
- Status Pelantikan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 8 Oktober 2020(Khamis)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi FAMA
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Ibu Pejabat FAMA, Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Ibu Pejabat FAMA, Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 8 Oktober 2020(Khamis)