Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Oktober 2020


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. JAKIM kini dipimpin oleh Ketua Pengarahnya, Dato' Haji Paimuzi bin Yahya berkuatkuasa 13 Januari 2020.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:
  • Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
  • Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
  • Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
  • Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
  • Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
  • Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
  • Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
  • Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di JAKIM seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong JAKIM

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 - 30 Kekosongan

Maklumat Permohonan

Majikan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Lokasi: Pelbagai Negeri
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM/SKM
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup: 11 Oktober 2020 (Ahad)



Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.




3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Tarikh tutup permohonan adalah 11 Oktober 2020 (Ahad)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di JAKIM, sila ketik di sini.


Mohon Sini