Jawatan Kosong di Pejabat Tanah Galian Negeri Selangor (PTGS) - Oktober 2020


Sebelum merdeka Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Apabila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor berpindah ke Shah Alam dan bangunan yang digunakan adalah Kompleks PKNS pada tahun 1978.

Apabila bangunan Ibu Pejabat Kerajaan Negeri yang ada sekarang iaitu Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempurna dibina dan mula digunakan maka Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor berpindah buat kali yang ketiga. Perpindahan ini berlaku pada bulan April 1983.

Organisasi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor diketuai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor. Beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan) dan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran).



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PTGS seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong PTGS

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Akauntan W29
3. Penolong Pegawai Tanah NT29


Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Pejabat Tanah Galian Negeri Selangor (PTGS)
  • Lokasi Kekosongan: Shah Alam
  • Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2020(Jumaat)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi PTGS
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
PENGARAH
PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR
TINGKAT 4, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40576 SHAH ALAM
(u/p : Unit Perkhidmatan/Perjawatan)

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 9 Oktober 2020(Jumaat)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di PTGS sila ketik di sini.

Muat Turun SINI