Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan denominasi setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM1).
Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah:
- Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
- Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
- Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
- Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
- Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
- Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di DBP seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong DBP
1. Akauntan Gred WA41
2. Eksekutif Pemasaran Gred T29
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Dewan Bahasa Pustaka (DBP)
- Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
- Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
- Status Pelantikan: Tetap
- Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2020(Jumaat)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi DBP
- Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
- Resume
- Gambar Berukuran passport
- Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
- Salinan kad pengenalan
- Email dan no tel untuk dihubungi
- Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 9 Oktober 2020(Jumaat)