Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Taman negara di Sabah terletak di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah manakala taman negara di Sarawak di bawah Perbadanan Perhutanan Sarawak.
Asalnya, jabatan ini bernama Jabatan Mergastua. Pada 5 April 1972 namanya telah ditukar kepada nama sekarang. Pada masa yang sama Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 yang mengandungi 106 seksyen itu turut diwartakan. Seterusnya akta Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 telah dipinda pada tahun 2010 menjadi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [AKTA 716].
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di PERHILITAN seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong PERHILITAN
Jawatan Yang Ditawarkan:
Jawatan: Penolong Pegawai Hidupan Liar G29
Majikan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Sektor: Badan Berkanun
Kelulusan Minimum: Diploma/STPM
Status Pelantikan: Tetap
Gaji: RM1,494.00 - RM5,674.00
Tarikh Tutup: 14 September 2020 (Isnin)
Syarat & Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan jawatan. Sila layari laman web https://www.spa.gov.my/spa/ untuk membuat pendaftaran baru.
3. Calon-calon yang telah mendaftarkan sebelum ini boleh mengemaskini butiran berkaitan. Permohonan jawatan berkaitan boleh dibuat di laman web https://www.spa.gov.my/spa/
4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 14 September 2020 (Isnin)
6. Maklumat lanjut jawatan kosong di PERHILITAN, sila ketik di sini.
Mohon Sini