Jawatan Kosong di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) - September 2020


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau kadangkala lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawasi setiap kawasan maritim di Malaysia agar aman dan selamat bagi kegunaan masyarakat dan negara.

Selain dari itu, tugasan penting APMM ialah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditubuhkan hasil kajian beberapa tahun mengenai keperluan mewujudkan pasukan pengawal pantai nasional. Penubuhannya diluluskan kabinet pada 21 Ogos 2002.


Seterusnya pada 16 April 2003 satu jawatankuasa pemandu dan pasukan nukleus diwujudkan bagi membantu kelicinan pelancarannya. Pada 15 Februari 2005 Akta APMM (Akta 633) mula berkuatkuasa dan APMM memulakan operasi pada 30 October 2005. Bagaimanapun pelancaran rasmi APMM hanya berlangsung pada 21 Mac 2006. Ketua Pengarah APMM yang pertama ialah Laksamana Maritim Datuk Mohammad Bin Nik.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di APMM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Leftenan Muda Maritim Gred T13 - 30 Kekosongan

Lokasi: Seluruh Malaysia 
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap
Tangga Gaji: RM2,502.00 - RM9,803.00
Tarikh Tutup: 14 September 2020




Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui portal SPA. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

2. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.



5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 14 September 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sila ketik di sini.

Borang Permohonan