Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA(UiTM) - September 2020


Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar. Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.

Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 13 kampus negeri berautonomi dan 34 kampus yang berada di seluruh Malaysia. Dengan 17,706 staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan lebih kurang 526 program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana. UiTM merupakan gedung ilmu kepada seramai 169,364 pelajar (tempatan, bumiputera dan pelajar antarabangsa), yang terlibat secara sepenuh masa dan sambilan. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
2. Kerani N19

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Universiti Teknologi MARA(UiTM)
  • Lokasi Kekosongan: Shah Alam
  • Kelulusan Minimum: SPM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan: 1 September 2020(Selasa)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi UiTM
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Bahagian Pentadbiran Dan Sumber manusia
Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional(iCEPS)
Aras 2, UiTM - MTDC Technopreneur Centre Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam Selangor

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan.


Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 1 September 2020(Selasa)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di UiTM sila ketik di sini.

6. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

Muat Turun SINI