Jawatan Kosong di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - Ogos 2020


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama ( The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.
Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983).

Akta Koperasi 1993 (Act 502) kemudiannya telah digubal bagi menyatukan undang-undang koperasi di seluruh Malaysia dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di SKM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong SKM

Jawatan yang ditawarkan 

1. Pegawai Ehwal Ekonomi
2. Juruaudit
3. Pembantu Ehwal Ekonomi
4. Pembantu Juruaudit
5. Pembantu Setiausaha
6. Pembantu Operasi
7. Pemandu

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Lokasi: Pelbagai Negeri
Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 21 Ogos 2020 (Jumaat)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja SKM yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 21 Ogos 2020 (Jumaat) 

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di SKM, sila ketik di sini.

Mohon Sini