Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) - Ogos 2020


Lembaga Minyak Sawit Malaysia (LMSM atau MPOB) merupakan badan yang bertanggungjawab merancang, menyelidik dan membangunkan industri minyak sawit dan kelapa sawit di Malaysia. LMSM terletak di bawah pentadbiran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia(LMSM) ditubuhkan pada 1 Mei 2000 hasil gabungan Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dengan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA).PORIM telah diwujudkan pada awal tahun 1979 di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia untuk merancang dan melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan minyak sawit. PORLA pula terlibat dalam usaha pemasaran dan pengawalan minyak sawit.

Ketua Pengarah LMSM pertama ialah Yusof Basiron yang berkhidmat sehingga 2006.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di LMSM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong LMSM

Jawatan yang ditawarkan 

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41 – Q53
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41- F44
3. PEGAWAI TADBIR N41 – N44
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT fA29
5. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
7. SETIAUSAHA PEJABAT N29
8. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
9. PEMBANTU PENYELIDIK Q19
10. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
11. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
12. PEMBANTU OPERASI N11
13. PEMBANTU AWAM H11
14. PEMANDU KENDERAAN H11

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)
Lokasi Kekosongan: Pelbagai Negeri
Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 26 Ogos 2020 (Rabu)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui Portal Permohonan Kerja MPOB yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 26 Ogos 2020 (Rabu) Jam 5.30 Petang

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di LMSM, sila ketik di sini.

10. Sebarang permasalahan / pertanyaan, sila emailkan kepada onlinejob@mpob.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda

Mohon Sini