Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD) - Ogos 2020


Majlis Perbandaran Port Dickson merupakan Pihak Berkuasa Pembangunan Port Dickson. Ditubuhkan pada 1 Disember 1979 demgam perbelanjaan permulaan sebanyak RM 2.1 juta, Port Dickson termasuk dalam kerusi Parlimen Teluk Kemang dengan empat kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu Linggi, Pasir Panjang, Lukut dan Si Rusa.

Hari ini, Port Dickson berdiri megah, sealiran dengan aspirasi Kerajaan untuk mengubah Port Dickson kepada satu perbandaran moden ditepi laut yang menyeronokkan dan disukai ramai.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPPD seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong MPPD

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Penolong Akauntan Gred W29[Tetap/Kontrak]
2. Pembantu Penguat kuasa KP19[Tetap]
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19 [Tetap]
4. Pemandu Kenderaan H11 [Tetap / Kontrak]

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD)
  • Lokasi Kekosongan: Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Kelulusan Minimum: SPM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan: 28 Ogos 2020(Jumaat)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan

Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :

2. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my.

3. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/Penghulu/Pengerusi JK Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
  • Gambar warna ukuran pasport;
  • My Kad/Kad Pengenalan;
  • Sijil kelahiran (surat beranak);
  • Sijil berhenti sekolah;
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Diploma dan Sijil dalam bidang yang berkaitan;
  • Sijil-sijil berkaitan.
4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2019
(perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).



5. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson,
Km 1, Jalan Pantai,
71009 Port Dickson.
(u.p.: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 28 OGOS 2020 (Jumaat)

7. PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK SEKIRANYA:
  • Borang permohonan tidak lengkap atau tidak bergambar;
  • Tidak memenuhi syarat iklan; dan
  • Tidak disertakan dokumen sokongan yang diakui sah dan tidak ditandatangani seperti para C(ii).


Maklumat Tambahan

  1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
  2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
  3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
  4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 28 Ogos 2020 (Jumaat)
  5. Maklumat lanjut jawatan kosong di MPPD sila ketik di sini.
  6. Baca Tips panduan tulis resume di SINI

Muat Turun SINI