Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA(UiTM) - Ogos 2020


Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus Sementara ini mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah Syarikat Bijih Besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Pada masa itu terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran, bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan asrama siswi. Sementara beberapa bangunan seperti di Union Club, Sungai Udang dan Sungai Buaya dijadikan asrama siswa.

Pengubahsuaian bangunan-bangunan dan pembinaan bangunan tambahan di Sura Gate juga dilakukan bagi menampung keperluan pelajar dan staf pada masa itu. Pengubahsuaian tersebut merangkumi 5 buah bangunan lama dijadikan bilik-bilik kuliah, rumah Residen Staf dan surau serta 2 buah stor lama dijadikan Dewan Makan dan 2 blok makmal serta pusat rekreasi pelajar



Walaupun kampus tetap di Sura Hujung telah dibina pada tahun 1982, namun kampus Sura Gate masih digunakan untuk Kajian Sains Kesetiausahaan dan Sijil Perkhidmatan Hotel & Restoran. Pada tanggal 30 April 1998, setelah beroperasi selama hampir 23 tahun, kampus Sura Gate akhirnya dikembalikan kepada kerajaan negeri sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, semua aktiviti dan penempatan pelajar adalah berpusat di kampus Sura Hujung dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis danpahit.

UiTM Cawangan Terengganu kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Profesor (Gred Khas C)VK7
2. Profesor Madya DM53
3. Pensyarah Kanan DM51
4. Pensyarah DM45
5. Pustakawan S41





Maklumat Permohonan

Nama Majikan : Universiti Teknologi MARA(UiTM) cawangan Terengganu
Kelayakan : Ijazah
Penempatan : Negeri Terengganu Darul Iman
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Ogos 2020 (Isnin)

Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon - ketik sini

Cara Memohon

1. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

2. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pensyarah (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2007) (Jawatan Akademik) atau Borang Perjawatan Pentadbiran (Jawatan Pentadbiran) yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my/ dan juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun, 23000 Dungun, Terengganu.


3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Ogos 2020 (Isnin)

4. Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UiTM CAWANGAN TERENGGANU
KAMPUS DUNGUN
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di UiTM sila ketik di sini.