Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai - Julai 2020



Majlis Perbandaran Kulai adalah kerajaan tempatan yang bertanggungjawab menjaga daerah Kulai. Majlis ini dinaik taraf dari Majlis Daerah Kulai (MDK) pada tahun 2004.

Kerajaan tempatan ini merangkumi sembilan kawasan di daerah Kulai iaitu Kulai, Saleng, Senai, Seelong, Sengkang, Sedenak, Kelapa Sawit, Ayer Bemban dan Bukit Batu.



Majlis Daerah Kulai (MDK) kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Kulai (MDK) seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Lokasi: Majlis Perbandaran Kulai
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM
Status Pelantikan: Tetap/kontrak
Gaji: RM1,352.00 - RM4,003.00



2. Pembantu Juruaudit (Kewangan) Gred W19

Lokasi: Majlis Perbandaran Kulai
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM/
Status Pelantikan: Tetap/kontrak
Gaji: RM1,353.00 - RM4,005.00

3. Pembantu Awam (Kemahiran) Gred H11

Lokasi: Majlis Perbandaran Kulai
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: PMR
Status Pelantikan: Tetap/kontrak
Gaji: RM1,360.00 – RM4,052.00

Syarat & Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.



Cara Memohon

  1. Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  2. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.
  3. Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).
  4. Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.
  5. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat seperti dibawah.
  6. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Julai 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULAI,
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
81000 KULAI, JOHOR.
U.P.: UNIT SUMBER MANUSIA

Borang Permohonan