Jawatan Kosong di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - Julai 2020



Perkhidmatan Bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota.

Pada tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union (MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba Malayan Union. MUS berpengkalan di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976.



Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan. Justeru, mulai pada saat itu, organisasi ini dikenali secara rasmi sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia (JPBM)

Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. (sekarang Tun) Mahathir Mohamad dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands. Mulai pada detik itu, jabatan ini dinamakan semula dan dikenali sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jawatan Yang Ditawarkan:

1.Penguasa Bomba Gred KB41

Lokasi: Seluruh Malaysia
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap
Gaji: RM2,094.00 - RM9,604.00

2. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Lokasi: Seluruh Malaysia
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: DIPLOMA
Status Pelantikan: Tetap
Gaji: RM1,814.00 - RM5,700.00


Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan yang diiklankan boleh dirujuk disini sini.


Cara Memohon
1. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui portal SPA. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
.
2. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.


6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 06 Julai 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sila ketik di sini.