Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB) - Julai 2020


Lembaga Air Melaka (LAM) ditubuhkan pada 1 Oktober 1971. Logo pertama LAM telah mula diperkenalkan pada tahun 1972 bagi melambangkan identiti syarikat kepada pengguna. Stesen Pam Galak Tanjong Kling diperbesarkan kepada empat buah pam bagi meningkatkan mutu kualiti kepada penduduk.

Perubahan nama dari LAM kepada Perbadanan Air Melaka(PAM) telah dikuatkusakan pada 1 September 1993 dan pada 1 Julai 2006, Perbadanan Air Melaka telah melalui satu transformasi iaitu dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Penswastaan ini diambil untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui penswastaan. Selepas dikorporatkan, SAMB telah diberi peranan dan bidang kuasa yang lebih luas tanpa menjejaskan segala aktiviti asal Perbadanan Air Melaka.


Loading...

SAMB kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di SAMB seperti berikut:


Maklumat Jawatan Kosong SAMB

Jawatan Yang Ditawarkan:

2. Ketua Jabatan Undang-Undang Gred EX-6
3. Pengurus Sumber Manusia Gred EX-3
4. Pengurus Operasi Loji Gred EX-3
5. Eksekutif Instrumentasi Gred EX-1

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB)
  • Lokasi Kekosongan: Melaka
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 29 Julai 2020(Rabu)


Loading...

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan

Cara Memohon

  1. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang SAMB 1 yang boleh dimuat turun
  2. (download) dari Portal Rasmi Syarikat Air Melaka Berhad sahaja dengan melayari www.samb.com.my.
  3. Pemohon diminta turut melampirkan resume (CV).
  4. Calon yang terdiri dari ahli keluarga terdekat anggota yang sedang berkhidmat adalah tidak layak dipertimbangkan atas faktor kepentingan operasi. Ahli keluarga terdekat ditafsirkan sebagai pasangan, anak atau adik-beradik.
  5. Semua calon-calon yang berjaya perlu menghadiri Ujian dan Kursus-kursus yang ditetapkan sepanjang perkhidmatan.
  6. Tuan/puan juga diingatkan sekiranya didapati tuan/puan memalsukan sebarang dokumen, tidak mengisytiharkan maklumat peribadi (hubungan kekeluargaan) dengan anggota SAMB dan maklumat akademik secara automatik permohonan tuan/puan terbatal dengan sendirinya.

Loading...

Maklumat Tambahan

  1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
  2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.
  3. Sila ke link dibawah untuk memohon.
  4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 29 Julai 2020(Rabu)
  5. Maklumat lanjut jawatan kosong di SAMB sila ketik di sini.

MOHON SINI