Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK) - Julai 2020



Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

Menurut kajian, KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV mengampuni perkenan penubuhan MAIK setelah mendapat cadangan dan pandangan daripada tiga orang ulama dan cerdik pandai Melayu (inteligensia). Mereka ialah :
  1. Haji Nik Mahmood Bin Nik Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja)
  2. Haji Muhammad bin Khatib Hj. Muhammad Said (Dato' Laksamana)
  3. Haji Muhammad Yusof Bin Ahmad (Tok Kenali)

Loading...

Pada 24 Disember 1915 bersamaan 17 Safar 1334, MAIK dimasyurkan penubuhannya oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke-IV dalam suatu istiadat gilang gemilang di Pejabat Tanah lama Kota Bharu, di hadapan orang-orang kenamaan negeri, dengan disaksikan oleh sebahagian besar rakyat Kelantan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Kelantan  seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MAIK

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. PEGAWAI DATA E41

Nama Majikan: Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK)
Lokasi Kekosongan: Kelantan Darul Naim
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 30 Julai 2020(Khamis)


Loading...

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan

Cara Memohon

1)  Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati DI SINI  atau mengambil  sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan.

2)  Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2019 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

Loading...
3) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4)  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
ALAMAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

2. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 30 Julai 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

3. Maklumat lanjut jawatan kosong di MAIK, sila ketik di sini.

Mohon Sini