Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan - Julai 2020



Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1.Pegawai Tadbir Negeri Gred N41

Lokasi: Negeri Kelantan Darul Naim
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM2,080.00 - RM9,546.00

2.Penggawa Gred NP29

Lokasi: Negeri Kelantan Darul Naim
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Diploma
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Gaji: RM1,493.00 - RM5,672.00

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan yang diiklankan boleh dirujuk disini sini.


Cara Memohon
1. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui portal SPA. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
.
2. Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.



7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 13 Julai 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN), sila ketik di sini.