Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNTR) - Julai 2020



Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNTR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu Tahun 1959.

Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu juga berfungsi sebagai:
  • Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  • Lembaga rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu
  • Pihak Berkuasa Tatatertib terhadap pegawai yang memegang atau memangku jawatan Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri.
  • Berkuasa untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.


SPNTR kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di SPNTR seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong SPNTR

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Syariah Gred LS41
2. Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
4. Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
5. Penolong Pegawai Veterinar Gred G29
6. Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
7. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
8. Juruteknik Komputer Gred FT19
9. Pembantu Perikanan Gred G19
10. Pegawas Hutan Gred G19
11. Pembantu Kemahiran Gred H19
12. Pembantu Operasi Gred N11
13. Penghantar Notis Gred N11

Maklumat Permohonan



Nama Majikan : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu (SPNT)
Kelayakan : PMR/PT3/SPM/SVM/Diploma/Ijazah
Penempatan : Negeri Terengganu Darul Iman
Tarikh Tutup Permohonan : 12 Julai 2020 (Ahad)

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas – ketik di sini.

Cara Memohon

Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.

Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 12 Julai 2020 (Ahad)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di SPNTR sila ketik di sini.

MOHON SINI