Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Manjung(MPM) - Ogos 2020


Majlis Daerah Manjong (MDM), Perak telah ditubuhkan pada tahun 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT). Keluasan kawasan MDM terbahagi kepada :-

Luas Kawasan Majlis (266.47 km persegi)
Kawasan Operasi (162.81 km persegi)
Kawasan Kawalan (103.66 km persegi)

Pejabat pentadbiran Majlis yang bernilai RM4.2 juta terletak di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung yang telah dirasmikan pada 20 Oktober 1995. MDM telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada 10 November 2001.

Yang diPertua terkini adalah Dato' Mohamad Fariz Mohamad Hanip (2017)


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MPM

Jawatan yang ditawarkan 

1. JURUTERA (AWAM) GRED J41
2. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENOLONG JURUAUDIT) GRED N29
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TEKNOLOGI MAKLUMAT) GRED N29
5. PEGAWAI TADBIR (PENGUAT KUASA) GRED N41
6. PEGAWAI TADBIR (JURUAUDIT) GRED N41



Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Majlis Perbandaran Manjung(MPM)
Lokasi Kekosongan: Manjung,Perak
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 03 Ogos 2020 (Isnin)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my.

Maklumat Tambahan

1. Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian fizikal & kecergasan / ujian bertulis / temu duga.
    2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
      3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian / temu duga:
      • Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
      • Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
      • Surat perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.
          4. Untuk mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon - ketik sini

          5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Ogos 2020 (Isnin)


          Mohon Sini