Jawatan Kosong di Jabatan Pertanian Kedah - Ogos 2020


Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman telah membawa banyak perubahan dalam pembangunan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman.

Semenjak penubuhannya dalam tahun 1922, ia telah ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja pengembangan pertanian bagi memajukan sektor pertanian di negeri ini.

Dari tahun ke tahun, peranan dan aktivitinya kian berkembang dan organisasinya telah dan akan terus mengalami perubahan untuk menyediakan perkhidmatan kepada petani-petani dengan lebih cekap dan berkesan.

Pada masa Y.T.M Tunku Yaacob menjadi Kepala Pekerjaan Tanaman Kedah barulah Jabatan mempunyai bangunan pejabatnya sendiri di mana sebelumnya segala kerja pentadbiran dibuat di Pejabat kecil di dalam Pejabat Pelabuhan, Tanjung Chali, Alor Setar dan kemudiannya di sebuah rumah di Kanchut yang disewakan untuk dijadikan Pejabat. Bangunan Pejabat yang baru ini berharga $ 21,500.00, terletak di Jalan Langgar dan siap untuk digunakan pada 9 April 1936.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kerja-kerja pentadbiran dibuat dari rumah Y.T.M. sendiri hinggalah tahun 1944 bila Jabatan mendapat ruangan untuk dijadikan Pejabat di Old Court House. Walau bagaimanapun pada tahun sama, Jabatan ini telah berpindah pejabat ke Bangunan Kerajaan di Jalan Raja.

Pada bulan Mei 1986, Ibu Pejabat Jabatan ini telah berpindah ke Telok Chengai.

Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Pertanian

Jawatan Yang Ditawarkan:

Jawatan yang ditawarkan

1. Pembantu Kemahiran H19
2. Pemandu Kenderaan H11
3. Pembantu Awam H11

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan : Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman
  • Kelayakan : PMR/SPM
  • Penempatan :  Negeri Kedah Darul Aman
  • Tarikh Tutup Permohonan : 06 Ogos 2020 (Khamis)


Syarat & Kelayakan


1. Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
2. Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
3. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan yang ditawarkan – ketik di sini.

Cara Memohon 

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman yang boleh didapatai di Bahagian Khidmat Pengurusan (Seksyen Kewangan), Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman dengan bayaran RM2.00.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakna dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

  • Kad Pengenalan,
  • Sijil kelahiran 
  • Sihil Berhenti Sekolah
  • Kelulusan Akademik(Sijil/Diploma/Ijazah) *Mana yang berkaitan dengna jawatan yang dipohon,
  • Satu(1) keping gambar terbaru berukuran passport, dan Dokumen-dokumen sokongan yang lain(jika ada)

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui SAH oleh pegawai kerajaan dalam Pengurusan dan Profesional, Penghula Mukim atau Jaksa Pendamai.

4. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dihantar melalui majikan masing-masing.

5. Borang permohonan yang tekah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32cmx22cm. Di sudut atas sebelahg kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

6. Alamat permohonan dan Tarikh Tutup permohonan :

Pengarah Pertanian Negeri Kedah Datul Aman
06600 kuala Kedah
KEDAH DARUL AMAN
(u.p: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Tarikh Tutup Pemohonan : 06 Ogos 2020

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman sila ketik di sini.