Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan - Julai 2020

Latar Belakang

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board Mulai tarhun 1945.


Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb. April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 km. persegi ) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 16 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001.


Loading...

Pada tahun 2001, MPLBP telah mendapat ISO Versi 1994 berkaitan perancangan dan bangunan dan telah tamat pada tahun 2003.

Bidang tugas MPLBP meliputi Perancangan Fizikal, Ekonomi serta Sosial ke arah kemantapan Pembangunan Bandar di Langkawi dan memberikan Perkhidmatan Perbandaran yang efisyen serta bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar

Pentadbiran MPLBP sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan serta sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai

MPLBP melaksanakan setiap fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta dapat melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pihak Berkuasa Tempatan

Pada masa kini, jawatan Yang Dipertua keempat belas disandang oleh Tuan Abdul Bari Bin Abdullah,AMK.,BCK. yang memulakan tugasannya pada 10.12.2015.


Loading...

Fungsi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan melaluinya MPLBP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan. Antara fungsi MPLBP ialah :-
  • Merancang dan mengawal pembangunan berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi.  
  • Melesen dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.
  • Menyelaras dan membantu pembangunan di Langkawi.
  • Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
  • Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap dalam keadaan indah dan menarik.
  • Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, pondok bas dan kemudahan rekreasi.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan atau kawalan penyakit berjangkit.
  • Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaiktaraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
  • Meningkatkan kutipan cukai taksiran.
  • Memantau pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar


Loading...

MPLBP kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPLBP seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MPLBP

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Lokasi: Kedah
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap
Gaji: RM2,081.00 - RM9,547.00

2. Penolong Juruaudit Gred W29

Lokasi: Kedah
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: Diploma
Status Pelantikan: Tetap
Gaji: RM1,498.00 - RM5,678.00

3. Pembantu Awam Gred H11

Lokasi: Kedah
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM
Status Pelantikan: Tetap
Gaji: RM1,218.00 - RM2,939.00


Loading...

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan yang diiklankan boleh merujuk dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan kosong di hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati dengan melayari laman web MPLBP.

2. Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.

3. Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil kelulusan PERLU diperakui sah sebagai salinan sebenar oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas) sahaja. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN

4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 16 Julai 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di MPLBP, sila ketik di sini.