Jawatan Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia - Ogos 2020



Jabatan Perangkaan merupakan sebuah jabatan yang beroperasi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia yang bertujuan menguruskan data dan statistik berkenaan Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya.

Penubuhan

Jabatan Perangkaan telah ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik telah ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).


Loading...

Jabatan Perangkaan kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perangkaan seperti berikut:


Loading...

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Juruteknik Komputer Gred FT19

Lokasi: Petaling - Selangor
Sektor: Kerajaan
Kelulusan Minimum: SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Status Pelantikan: Kontrak
Gaji: RM1,377.00 - RM4,052.00

Syarat & Kelayakan

1. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan yang diiklankan boleh dirujuk dengan melayari laman web Jobs Malaysia.


Loading...

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan kosong di hendaklah dibuat secara on-line dan atas talian sahaja melalui portal Jobs Malaysia

2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan jawatan. Sila layari laman web www.jobsmalaysia.gov.my untuk membuat pendaftaran baru.

3. Calon-calon yang telah mendaftarkan sebelum ini boleh mengemaskini butiran berkaitan. Permohonan jawatan berkaitan boleh dibuat di laman web www.jobsmalaysia.gov.my

4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 07 Ogos 2020 (Selasa) jam 11.59 malam.

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di Jabatan Perangkaan, sila ketik di sini.