Permohonan Guru Sekolah & Menengah KPM Lepasan SPM Dibuka - Mac 2021

Permohonan Guru Sekolah Rendah & Menengah KPM Lepasan SPM di buka

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) 2021  Lepasan SPM dibuka Seluruh Negara bagi ambilan Jun 2021!

Bagi calon lepsan SPM yang ingin membina karier sebagai guru,anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2021

PISMP atau Program Ijazah Muda Perguruan adalah program guru tajaan KPM bagi pelajar lepasam SPM yang berminat dengan kerjaya perguruan.Permohonan kemasukan ke IPG adalah di antara permohonan yang dinanti-nantikan.


Berikut dikongsikan antara maklumat penting yang wajib anda tahu sebelum memohon masuk ke progarm tersebut.

Maklumat Permohonan PISMP 2021

Permohonan Guru IPG PISMP 2021 akan dibuka pada;

Tarikh : 15 Mac - 15 April 2021
Ambilan : Jun 2021(Terbuka untuk lulusan SPM 2018, 2019 & 2020

Syarat Kelayakan Program Guru Tajaan KPM

Terdapat beberapa syarat umum permohonan Guru yang perlu dipenuhi pelajar antaranya :

1. Warganegara Malaysia.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun yang dibenarkan memohon (pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan atau tidak kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon, Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan PISMP secara online)

3. Calon mesti sihat tubuh badan.

4. Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.

5. Calon mendapat gred cemerlang(Makluman Gfed cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima(5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM))

6. Calon mesti mendapat sekurang-urangnya gred kepujian(kerdit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu; 
-Bahasa Melayu
-Sejarah
-Lulus Bahasa Inggeris,
-Lulus satu subjek lain.

7. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan(Rujuk syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online)


8. Perlu diingatkan bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(BPPDP), KPM.

9. Berikut antara bidang pengkhusaan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah:

Sekolah Kebangsaan(SK)
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun
Pendidikan Islam
Matematik
Sains
Pendidikan Khas
Bahasa Arab
Pendidikan Muzik
Sejarah
Pendidikan Jasmani
Rekabentuk dan Teknologi
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Bimbingan dan Kaunseling

Untuk bidang pengkhususan PISMP bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) anda boleh baca di SINI

Pengenalan PISMP 2021

1. Sebelum melayakkan pelajar mengikuti PISMP 2021, pelajar terlebih dahulu perlu memohon masuk ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP) selama setahun atau dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

2. Pemohon yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

3. Kedua-dua PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod Sepenuh Masa.

Elaun Sara Hidup Pelajar IPG


1. Pelajar PISMP akan menerima elaun RM420 sebulan seperti biasa

2. Namun yuran pengajian sebanyak RM27,831 akan terus ditanggung oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh pengajian  selama empat tahun.


Cara Memohon Online

1. Permohonan  hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari lama sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pimsp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2021.

2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakn Calon Guru(UKCG) dan perlu menyediakan rakaman video pengajaran(VP) dan video Kecergasan fizikal(UKF)

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang:  https://pismp.moe/gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG), penyediaan video pengajaran(VP), video kecergasan fizikal(VKF), syarat bidang pengkhususan serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU(1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi PISMP 2021 atau download ikalan penuh permohonan Guru PISMP 2021 di SINI.