Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan - Mac 2021


Kampus UiTM Kuala Pilah merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang terletak di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Kampus ini ditubuhkan di Kuala Pilah pada bulan Jun 1999, menjadikannya kampus cawangan terbaru untuk negeri di Malaysia dan terakhir untuk UiTM.

Kampus sementara UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dengan mengambil alih Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Kementerian Pertanian di Jalan Melang, Kuala Pilah. Pengambilan kumpulan pertama pelajar sesi Jun 1999 ialah seramai 166 orang. kampus ini hanya menawarkan Program Pra-Diploma Sains.

UiTM Negeri Sembilan Kampus Beting mula beroperasi 1 Jun 2009 dengan 2 program Ijazah, 4 program Diploma dan program Pra Sains. Semester Julai 2010 menyaksikan pertambahan 1 program Diploma Pengurusun Perniagaan dan program Pra Perdagangan.Berikutan pembukaan kampus baru di Jasin , Diploma Pengurusan Perladangan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perladangan dan Agroteknologi akan dipindahkan ke sana pada tahun 2014. Walaubagaimanapun ,UiTM Negeri Sembilan akan membawa masuk satu program baru ke kampus ini pada tahun 2014 seperti Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Makanan (Islamic Food Law)dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (September 2013) .


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UiTM Negeri Sembilan seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Pensyarah  UiTM

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Lokasi Kekosongan: Kampus Negeri Sembilan
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 24 Mac 2020(Rabu)

Syarat & Kelayakan

1. Pemohon- pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan.

2. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga

3. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

4. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan

Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi UiTM Negeri Sembilan
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
TIMBALAN PENDAFTAR BAHAGIAN PENTADBIRAN 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN 
KAMPUS KUALA PILAH, 
BETING 72000, 
KUALA PILAH 
NEGERI SEMBILAN 
No Tel:+(606)-4823 2100 / 483 2210

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang
telah DISAHKAN:
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengikhtirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan

Maklumat Tambahan

1. Sila ke link dibawah untuk memohon.

2. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 24 Mac 2020(Rabu)

3. Maklumat lanjut jawatan kosong di UiTM Negeri Sembilan sila ketik di sini.

Muat Turun SINI