Universiti Selangor (UNISEL) (nama baru berkuat kuasa bermula 14 Februari 2011) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" telah ditubuhkan pada tahun 1999, universiti ini mempunyai dua kampus - kampus induk terletak di Bestari Jaya (dahulunya dikenali Batang Berjuntai) (disiapkan pada tahun 2005) dan kampus cawangan/satelit yang terletak di Shah Alam.
Canselor terkini UNISEL ialah Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, beliau sebelumnya juga merupakan Pro-Cancelor UNISEL.
Mantan Canselor UNISEL ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak.
UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor yang pertama ditubuhkan di Selangor dan Malaysia.
Meskipun UNISEL merupakan hak milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, taraf universitinya masih dalam kategori universiti separa swasta yang mana universiti ini dikelola oleh Pendidikan YS Sdn. Bhd., sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UNISEL seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong UNISEL
1. Pensyarah
2. Pembantu Awam
Maklumat Permohonan
- Nama Majikan: Universiti Selangor (UNISEL)
- Lokasi Kekosongan: Selangor Darul Ehsan
- Kelulusan Minimum: SPM/Ijazah
- Status Pelantikan: Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2021 (Rabu)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
Cara Memohon
1. Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :-
i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;
ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat Antarabangsa;
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.
2. Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :
Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor
Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077
3. Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.
4. Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 31 Mac 2021.
5. Lain-lain:
i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Maklumat Tambahan
1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
2. Sila ke link dibawah untuk memohon.
3. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 31 Mac 2021 (Rabu)