Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Mac 2021


Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Dahulunya universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).

Sejarah
Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002.

Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .



Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UMP seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong UMP

Jawatan yang ditawarkan 
1. Pensyarah Universiti DS45
2. Pegawai undang-Undang L41
3. Pembantu Tadbir (P/O) N19
4. Eksekutif Teknikal (Pereka)

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Universiti Malaysia Pahang (UMP) 
Lokasi Kekosongan: Pahang Darul Makmur
Kelulusan Minimum: SPM/Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Mac 2021 (Rabu)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://apps.ump.edu.my/ yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.



4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 31 Mac 2021 (Rabu)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di UMP , sila ketik di sini.

Mohon Sini