Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - Mac 2021


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U. (B) 556/1973 atas saranan Suruhanjaya Diraja Aziz untuk menjalankan fungsinya sebagai pihak berkuasa perkhidmatan pendidikan sesuai dengan Artikel 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini, keanggotaannya telah ditetapkan sebanyak 13 orang, diketuai oleh seorang Pengerusi yang dibantu oleh sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua anggota suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP adalah pihak berkuasa pelantikan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dalam hal pelantikan, pengesahan perkhidmatan, penempatan jawatan tetap atau berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan / pertukaran perkhidmatan tetap dan pelaksanaan kawalan tatatertib.

SPP menggunakan kuasanya melalui mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya mengenai Pelantikan, Perkhidmatan, Promosi dan Disiplin, Mesyuarat Lembaga Rayuan Promosi dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Disiplin.


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di SPP seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong SPP

Jawatan yang ditawarkan 
1. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41
2. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH29

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Lokasi Kekosongan: Putrajaya
Kelulusan Minimum: Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Mac 2021 (Selasa)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://myspp.spp.gov.my/ yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.


4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 23 Mac 2021 (Selasa)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di SPP, sila ketik di sini.

Mohon Sini