Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) - Mac 2021


Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Bahasa Inggeris: Rubber Industry Smallholders Development Authority, RISDA) ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.

Tanggungjawab
Mentadbir kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanam Semula) yang di tubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman semula 1952).
Mengurus dan mengendali sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan dibawah peruntukan bahagian Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula 1952 dan
Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

Tugas
Melaksana segala pembaruan pertanian yang diperolehi dari penyelidikan
Berkerjasama dan berhubung dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemerosesan dan pemasaran getah demi mewujudkan dan mempercepatkan permodenan sektor pekebun kecil
Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi mengikut cara yang disyorkan dan sistematik
Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aepek bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil
Mendapatkan dan meyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil


Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di RISDA seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong RISDA

Jawatan yang ditawarkan;
1. Pegawai Tadbir Gred N41 - 2 Kekosongan 
2. Jurutera Gred J41 - 1 Kekosongan
3. Pegawai Pertanian Gred G41 - 8 Kekosongan
4. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 - 2 Kekosongan
5. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 - 75 Kekosongan
5. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 - 1 - Kekosongan 

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 
Lokasi Kekosongan: Seluruh Negara/Ibupejabat
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 21 Mac 2021


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan adalah secara online melalui portal permohnan kerja MyFutureJobs.

2.Untuk memohon sila daftar masuk(login) atau jika anda belum mendaftar sebagai perncari kerja,sila daftar terlebih dahulu.

3. Untuk melihat maklumat jawatansila buat carian majikan "Risda" di portal berkenaan.

4. Sila lengkapkan borang permohnan online dengan maklumat yang betul dan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan.

Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link di bawah bagi mendapatkan maklumat penuh syarat kelayakan dan cara untuk memohon.
      4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2021

      Mohon Sini