Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) - Mac 2021


Majlis Perbandaran Teluk Intan ialah pusat pentadbiran bandar Teluk Intan. Ia telah dinaik taraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003.

Penaiktarafan daripada Majlis Daerah Hilir Perak kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan dilakukan setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003. Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak ketika itu, pada 4 April 2004. Sebelum dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan penyatuan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT):

LPKT Teluk Intan
LPKT Hilir Perak
LPKT Langkap
LPKT Chui Chak
LPKT Batu 12
LPKT Pelawan

Disokong oleh prasarana yang sangat baik, pengurusan bandar yang lebih cekap telah dikendalikan oleh majlis daerah semenjak ditubuhkan pada tahun 1980 hasil daripada penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Hilir Perak. Semenjak itu, pertumbuhan bandar terus berkembang pesat seperti industri, perumahan, perdagangan pelancongan, pembangunan lanskap dan keindahan bandar, infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan dan lalu lintas yang menjadi asas yang penting yang kemudiannya melayakkan majlis daerah dinaik taraf.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPTI seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong MPTI

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Penolong  Pegawai Kesihatan Persekitaran U36
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
3. Pembantu Penguatkuasa KP19
4. Pembantu Awam H11
5. Pemandu Kenderaan H11

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)
  • Lokasi Kekosongan: Perak Darul Ridzuan
  • Kelulusan Minimum: PMR/SPM/Diploma
  • Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mac 2021 (Khamis)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi MPTI
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Jalan Speedy 
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. 

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 18 Mac 2021 (Khamis)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di MPTI, sila ketik di sini.

MOHON SINI