Jawatan Kosong di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) - Temuduga Terbuka 19 Mac 2021


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menampilkan denominasi setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM1).

Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah:
  • Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;
  • Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
  • Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
  • Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul;
  • Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di DBP seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong DBP

Jawatan Yang Ditawarkan:

1. Pekerja Sambilan Harian(PSH)
-Ijazah
-Diploma

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Dewan Bahasa Pustaka (DBP)
  • Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
  • Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak(PSH)
  • Temuduga Terbuka: 19 Mac 2020(Jumaat)

Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Tarikh Dan Tempat Temuduga

1. Temu duga terbuka akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 19 Mac 2021 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Aras 6, Wisma DBP, 50460, Kuala Lumpur

2. Calon yang berminat perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Borang PSM: 2/2019 dengan lengkap. Borang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang DBP, http://www.dbp.gov.my. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dibawa semasa temu duga.

3. Calon juga perlu membawa sijil dan dokumen asal serta salinan seperti yang berikut:
a) Kad Pengenalan;
b) Ijazah berserta transkrip (mengikut keperluan syarat lantikan);
c) Diploma berserta transkrip (mengikut keperluan syarat lantikan);
d) Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (mengikut keperluan syarat lantikan);
e) Gambar berukuran pasport (ditampal bersama borang permohonan); dan
f) Sijil akademik, sijil khas atau pentauliahan dari badan ikhtisas, kokurikulum dan kursus
yang lain.

4.  Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat lantikan seperti perkara 2 sahaja yang
akan dipertimbangkan untuk ditemu duga.

5. Calon akan diminta mengambil ujian ringkas tentang perakaunan bagi jawatan berkaitan dan
calon wajib berpakaian kemas semasa menghadiri temu duga.

6. Calon wajib mematuhi tatacara dan tanggungjawab calon temu duga seperti lampiran.

Keputusan Temuduga

1. Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui
surat dan e-mel.

2. Calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temu duga ini
dianggap tidak berjaya.

3. Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.