Majlis Daerah Manjong (MDM), Perak telah ditubuhkan pada tahun 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT). Keluasan kawasan MDM terbahagi kepada :-
Luas Kawasan Majlis (266.47 km persegi)
Kawasan Operasi (162.81 km persegi)
Kawasan Kawalan (103.66 km persegi)
Pejabat pentadbiran Majlis yang bernilai RM4.2 juta terletak di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung yang telah dirasmikan pada 20 Oktober 1995. MDM telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada 10 November 2001.
Yang diPertua terkini adalah Dato' Mohamad Fariz Mohamad Hanip (2017)
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MPM seperti berikut:
Maklumat Jawatan Kosong MPM
Jawatan yang ditawarkan1. PEMBANTU PENILAIAN
2. JURUTERA
3. PENOLONG JURUTERA
4. PEMBANTU PENGUATKUASA
5. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
7. PEMBANTU AWAM GRED H11 (UNIT LANDSKAP)
8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
9. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Majlis Perbandaran Manjung(MPM)Lokasi Kekosongan: Manjung,Perak
Kelulusan Minimum: SPM
Status Pelantikan: Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 14 Disember 2020 (Isnin)
Syarat & Kelayakan
Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
- Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
- Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my.
Maklumat Tambahan
- Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
- Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
- Surat perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.