Majlis Bandaraya Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya, ia dikenali sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No:26, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong), Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah Petaling.
Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.
Majlis Perbandaran Subang Jaya diberikan kebenaran untuk dinaik taraf dari perbandaran kepada bandaraya pada 3 Jun 2020.
Majlis Perbandaran Subang Jaya dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020.
Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di MBSJ berikut:
Maklumat Jawatan Kosong MBSJ
Jawatan Yang Ditawarkan:1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA36
3. Pelukis Pelan JA22
Maklumat Permohonan
Nama Majikan: Majlis Bandaraya Subang Jaya(MBSJ)
Lokasi Kekosongan: Subang Jaya
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap
Tarikh Tutup Permohonan: 24 November 2020(Selasa)
Syarat & Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.2. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
3. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
4. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.
5. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
6. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 24 November 2020(Selasa)