Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Oktober 2020


Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. Kampus utama terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan dan kampus di Pandan Indah, Kuala Lumpur pula dikhaskan untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) serta Fakulti Pergigian (FPg).

USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia.


Loading...

USIM kini sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

1. Mempunyai keterampilan yang baik;
2. Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
3. Mempunyai bakat kepimpinan;
4. Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
5. Mempunya kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di USIM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong USIM

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Pensyarah DS51
-Sains Komputer
-Matematik Moden & Matematik Tambahan
-Bahasa Arab

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Lokasi Kekosongan: Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Kelulusan Minimum: Ijazah
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 22 Oktober 2020 (Khamis)


Loading...

Syarat & Kelayakan

1. Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan
2. Syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk jawatan Pensyarah DS51 – ketik di sini.



Cara Memohon

1. Permohonan jawatan kosong di hendaklah dibuat secara on-line dan atas talian sahaja melalui portal USIM.

2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan jawatan. Sila layari laman web https://www.usim.edu.my/ untuk membuat pendaftaran baru.

3. Calon-calon yang telah mendaftarkan sebelum ini boleh mengemaskini butiran berkaitan. Permohonan jawatan berkaitan boleh dibuat di laman web http://www.usim.edu.my

4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 22 Oktober 2020 (Khamis)

6. Maklumat lanjut jawatan kosong di USIM, sila ketik di sini.