Jawatan Kosong di Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) - Oktober 2020


Yayasan Islam Darul Ehsan ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seawal tahun 2011, di mana DYMM Sultan Selangor ketika itu melawat mangsa kejadian tanah runtuh yang melibatkan  Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat  Selangor. Justeru itu, pihak MAIS telah mengambil inisiatif dan setelah dibuat pencambahan fikiran, penubuhan Yayasan Islam bagi tujuan tersebut dicadangkan.

Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bil 3/2011 pada 12 Jun 2011 telah meluluskan penubuhan Yayasan ini yang dinamakan Yayasan Islam Darul Ehsan setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor. Pihak MAIS telah memutuskan juga agar segala urusan dan tugasan berkaitan Yayasan ditadbir oleh Kumpulan MAIS Corporation (KMC), anak syarikat milik penuh MAIS bagi menguruskan hal-ehwal Yayasan. Pendaftaran  Yayasan telah diluluskan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 20 Julai 2012 dan mula beroperasi pada 25 September 2012.

Usaha akan giat dijalankan bagi memastikan Yayasan ini dilandasan yang betul dari perlaksanaannya supaya mengekalkan keutamaan di dalam Maqasid Syar’iyah iaitu penjaga Addin (agama), penjagaan An-Nafs (nyawa),  penjagaan An-Nasl (keturunan), penjagaan Al-Aql (akal) dan penjagaan Al-Mal (harta). Buat permulaan, pengurusan lebih menumpu kepada mengasaskan pentadbiran yang kukuh/stabil bagi membolehkan perancangan-perancangan dapat dirangka secara sistematik.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di YIDE seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong YIDE

Jawatan yang ditawarkan 

1. PENGURUS PENTADBIRAN & KEWANGAN - (IBU PEJABAT - SHAH ALAM)
2. EKSEKUTIF PENTADBIRAN & PEROLEHAN - (IBU PEJABAT - SHAH ALAM)
3. EKSEKUTIF OPERASI - (IBU PEJABAT - SHAH ALAM)
4. JURURAWAT - CAWANGAN (SHAH ALAM / TAMAN MELAWATI / KAPAR)


Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)
Lokasi Kekosongan: Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kelulusan Minimum: Diploma/Ijazah
Status Pelantikan: Tetap/Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan: 14 Oktober 2020 (Rabu)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. . Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi YIDE
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
PENGURUS BESAR
YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)
No. 311 & 312 Tingkat 3,
Pangsapuri Bestari,Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, 
40200, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-55103931 Fax : 03-55101245
Email : hr@yide.com.my

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 14 Oktober 2020 (Rabu)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di YIDE sila ketik di sini.

    Muat Turun SINI