Jawatan Kosong di Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU UPM) - Oktober 2020


Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia menyediakan perkhidmatan perubatan bermula pada tahun 1974 kepada pelajar. Perkhidmatan Pergigian telah mula diperkenalkan 8 tahun kemudian. 

Bermula pada 1hb. April 1994 perkhidmatan Perubatan dan Pergigian telah diperluaskan kepada staf dan tanggungan staf Universiti Putra Malaysia. Atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Pengurusan Universiti terhadap tahap kesihatan warga UPM, pada tahun 2003 Pusat Kesihatan Universiti dipertanggungjawabkan untuk memberi rawatan kepada pesara UPM dan tanggungannya. Menyedari peranan dan kepentingan tanggung jawab sosial dengan komuniti persekitaran, Pusat Kesihatan Universiti memberi perkhidmatan kepada orang awam dengan kadar caj yang berpatutan. 

Kini, Pusat Kesihatan Universiti UPM telah menjadi antara pusat kesihatan universiti terkemuka di Malaysia, dengan perkhidmatan perubatan dan pergigian primer yang merangkumi pelbagai bidang,termasuk Perkhimatan Kesihatan Umum, Perkhidmatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH), Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Rehabilitasi, serta kemudahan makmal diagnostik dan pengimejan yang dipertingkatkan, selaras dengan visi dan misinya untuk menjadi pusat kesihatan primer setaraf negara maju. Pusat Kesihatan Universiti UPM akan terus kekal relevan dan menjadi pilihan khidmat kesihatan bagi seluruh warga Universiti Putra Malaysia.  




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Pusat Kesihatan Universiti UPM seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong Pusat Kesihatan Universiti UPM

Jawatan Yang Ditawarkan:
1. Pembantu Perawatan Kesiahatan U11
2. Penolong Pegawai Farmasi U29
3. Jurupulih Perubatan (Anggota) U2

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan: Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU UPM)
  • Lokasi Kekosongan: Serdang, Selangor Darul Ehsan
  • Kelulusan Minimum: SPM/Diploma
  • Status Pelantikan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 22 Oktober 2020(Khamis)


Syarat & Kelayakan

Secara umumnya, untuk jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (syarat umum) seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan


Cara Memohon

1. Bagi anda yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan dibawah :
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui portal rasmi PKU UPM
  • Kemudian hantar permohonan kepada pihak majikan ke alamat di bawah :
Pejabat Am (Unit Pembangunan Modal Insan),
Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia, 
43400 UPM Serdang 
(u/p: Puan Norfazilah Abdullah)

Tel: 03-89467346

2. Bersama-sama dengan permohonan anda, sila sertakan maklumat dan dokumen berikut :
  •   Resume
  •   Gambar Berukuran passport
  •   Salinan sijil dan dokumen berkaitan(perlu disahkan)
  •   Salinan kad pengenalan
  •   Email dan no tel untuk dihubungi
  •   Dan lain-lain maklumat yang berkaitan
3. Pastikan anda telah mengikut syarat(rujuk iklan) yang diberikan sebelum menghantar permohonan



Maklumat Tambahan

1. Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

2. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak majikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan permohonan bolehlah dianggap tidak berjaya.

3. Sila ke link dibawah untuk memohon.

4. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 22 Oktober 2020(Khamis)

5. Maklumat lanjut jawatan kosong di Pusat Kesihatan Universiti UPM sila ketik di sini.

MOHON SINI