Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - Oktober 2020


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah sebuah jabatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Pengarahnya terkini adalah Dato' Haji Haris bin Kasim. Tujuan utama JAIS adalah untuk menguruskan hal ehwal Islam di negeri Selangor

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.


Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.




Individu yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di JAIS seperti berikut:

Maklumat Jawatan Kosong JAIS

Jawatan yang ditawarkan 

Kategori A
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41
Pegawai Hal Ehwal Islam(Imam l/Pengurus)  S41
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam(Imam ll/Penolong Pengurus) S29
Pembantu Hal Ehwal Islam(Pembantu Pengurus/Bilal/Siak) S19
Juruteknik Komputer FT19

Kategori B
Pegawai Hal Ehwal Islam(Imam l/Pengurus)  S41
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam(Imam ll/Penolong Pengurus) S29
Pembantu Hal Ehwal Islam(Pembantu Pengurus/Bilal/Siak) S19

Maklumat Permohonan

Nama Majikan: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Lokasi Kekosongan: Shah Alam, Selangor
Kelulusan Minimum: Diploma
Status Pelantikan: 
Kontrak
Kategori A(Dibiayai oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor)
Kategori B(Dibiayai oleh Majlis Agama Islam Selangor)
Tarikh Tutup Permohonan: 19 Oktober 2020 (Isnin)



Syarat & Kelayakan

Secara umumnya,untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan (secara umum) seperti yang berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang ditawarkan.
  • Memiliki kelulusan atau kelayakan tertentu dalam bidang yang ditawarkan
  • Memiliki kemahiran atau pengalaman tertentu dalam bidang yang ditawarkan 
  • Sila rujuk iklan untuk maklumat penuh syarat kelayakan jawatan(dibawah)

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui portal rasmi https://www.jais.gov.my yang juga boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah.

2. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.

3. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.



4. Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

5. Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga.

6. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.

7. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

8. Tarikh tutup permohonan adalah seawal 19 Oktober 2020 (Isnin)

9. Maklumat lanjut jawatan kosong di JAIS, sila ketik di sini.

Mohon Sini